Rencana

Bekerja Dari Hotel dengan Serendah RM35

Situasi pandemik Covid 19 yang berlarutan di Malaysia telah mengakibatkan kerugian khususnya bagi industri perhotelan.

Namun begitu, bagi sesetengah hotel yang bijak mengambil peluang dan melihat situasi ini dari sudut yang berbeza, mereka mampu memperoleh keuntungan dengan cara menawarkan servis bekerja dari hotel.

Konsep begini kebiasaanya popular dalam kalangan masyarakat di tengah-tengah bandar raya besar seperti Kuala Lumpur.

Inisiatif ini bertujuan untuk menyediakan persekitaran dan ruang bekerja yang lebih selesa dan eksklusif khususnya buat individu yang perlu bekerja dari rumah.

Hal ini susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBB) yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi menangani dan mengurangi kesan pandemik Covid-19 kepada orang ramai.

1. Pulse Grande Hotel, Putrajaya

Dengan bayaran serendah RM35 sehari bermula dari jam 8 pagi hingga 8 malam, anda mampu menikmati layanan istimewa di bilik hotel dengan servis-servis seperti servis penghantaran makanan ke bilik dan juga fasiliti bertaraf lima bintang.

Para pelanggan juga boleh menikmati potongan harga menu hidangan sebanyak 25 peratus dan servis -servis lain secara percuma seperti hidangan minuman, petak meletak kenderaan dan capaian internet yang amat bersesuaian dengan servis bekerja dari bilik yang ditawarkan.

2. Hotel New World, Petaling Jaya

Hotel lima bintang seterusnya pula adalah Hotel New World, Petaling Jaya yang juga tidak mahu ketinggalan dalam trend menyediakan servis bekerja dari hotel.

Sama seperti Pulse Grande Hotel, orang ramai boleh memilih untuk bekerja di bilik hotel ini bermula jam 8 pagi hingga 8 malam dengan hanya RM160 sehari.

Terletak di tengah bandar Petaling Jaya, para pelanggan yang menginap di hotel tersebut bukan sahaja dapat menikmati servis istimewa daripada hotel tersebut bahkan mereka dapat juga berkunjung ke kompleks membeli-belah seperti Paradigm Mall serta beberapa pasaraya yang berada di sekitar.

3. Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam

Wow Package 1 berharga RM48 dan Wow Package 2 berharga RM98 dapat dinikmati oleh pelanggan yang berkunjung ke hotel ini untuk servis bekerja dari hotel.

Perkhidmatan sajian hidangan minuman, petak meletak kenderaan serta capaian internet secara percuma seperti hotel-hotel lain yang disenaraikan turut ditawarkan buat para pelanggan di Hotel Grand Blue Wave.

Saiz bilik yang besar juga disediakan bagi pelanggan yang berkunjung untuk mempunyai ruang yang lebih luas sewaktu bekerja.

(Visited 229 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button