Nasional

Bayi 10 bulan maut selepas dua kali terjatuh

SEORANG bayi yang baru berusia 10 bulan maut selepas dua kali terjatuh iaitu di rumah pengasuh dan rumahnya sendiri.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, bayi itu pada mulanya tidak sedarkan diri ketika berada di rumah pengasuh di Bandar Puchong Jaya, Puchong pada 11 Ogos lalu.

“Pengasuh telah menghubungi ibu mangsa kira-kira pukul 12 tengah hari untuk memaklumkan yang bayinya sudah tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sunway oleh ibu bapanya dan pemeriksaan awal doktor mendapati terdapat pendarahan di bahagian kepala yang disyaki akibat didera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA> Kemalangan maut di Simpang Pulai: Pengendali lori treler diberi surat tunjuk sebab

Menurut Ismadi, mangsa kemudian telah disahkan ‘brain dead’ sebelum meninggal dunia kira-kira pukul 3.19 petang semalam di hospital tersebut.

Jelas Ismadi, hasil bedah siasat bagaimanapun mendapati kematian bayi itu bukan berpunca daripada didera.

“Kematian mangsa didapati berpunca daripada kesan jatuh daripada tempat yang tinggi.

“Siasatan lanjut juga mendapati mangsa telah terjatuh sebanyak dua kali iaitu dari katil dan buaian di rumah mangsa dan pengasuhnya,” jelasnya.

BACA> 129 individu ditahan ingkar PKPP- Ismail Sabri

Tambahnya, tidak dapat unsur dera dalam kes tersebut namun siasatan lanjut di bawah Seksyen 31(1) (a) Penderaan Kanak-Kanak 2001 akan diteruskan. -SM

(Visited 65 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button