Nasional

PM lancar program My5 sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan

PROGRAM My5 dilancarkan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan bagi tahun 2021 yang berlandaskan konsep Wilayah Prihatin.

Pelaksanaan program My5 itu adalah merangkumi aktiviti seperti MyJob, MyGrocer, MySchoolBus, MyMedic dan MyFood bersesuaian denga keperluan warga Wilayah Persekutuan.

Program tersebut, merupakan antara usaha kerajaan bagi memastikan warga kota yang tergolong dalam kategori berpendapatan B40 mendapat bantuan.

Menurutnya usha murni yang yang memberi kebajikan kepada rakyat mesti disokong dan disegerakan supaya mereka dapat meneruskan kelangsungan kehidupan.

“Saya bersyukur kehadarat Allah SWT kerana Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) telah mengambil pelbagai pendekatan yang inklusif dalam menangani kos sara hidup, kelangsungan hidup rakyat serta membasmi kemiskinan di Wilayah Persekutuan.

“Khsususnya semasa Covid-19 dengan melancarkan program My5 iaitu MyJob@Wilayah, MyGrocer@Wilayah, MyShcoolBus@Wilayah, MyMedic@Wilayah dan MyFood@Wilauyah.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada KWP kerana proaktif dalam melengkapkan inisiatif kerajaan dengan melaksanakan social safety net di Wilayah Persekutuan.”

Demikian ucapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam perutusan khas sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021.

Katanya, kesemua program My5 itu sesuai untuk memenuhi bantuan yang diperlukan bagi golongan rentan dan B40 agar mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

“Dalam usaha menangani masalah ini, saya difahamkan KWP menerusi MyJob@Wilayah telah menyediakan sehingga 3,259 pekerjaan di ibu kota iaitu 28 peratus lebih tinggi daripada sasaran asal.

“Inisiatif MySchoolBus@Wilayah telah memberi bantuan kepada seramai 9,704 murid di 67 kawasan perumahan awam kos rendah yang melibatkan 94 orang pengendali bas sekolah.

“My@Medic@Wilayah pula adalah perkhidmatan klnik bergerak yang perkhidmatan rawatan asas secara percuma kepada warga kota yang kurang berkemampuan di kawasan perumahan kos rendah di Kuala Lumpur.

“MyGrocer@Wilayah pula adalah aktiviti berkonsepkan pasar bergerak ke kawasan perumahan kos rendah melalui penjualan barang basah dan keperluan harian pada harga lima hingga 20 peratus lebih rendah daripada harga di pasar awam.

“Sementara MyFood@Wilayah adalah konsep bantuan bakul makanan yang diisi keperluan harian kepada golongan miskin bandar yang kini telah dimanfaatkan lebih 32,000 ketua isi rumah di Kuala Lumpur,” ujarnya.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengumumkan pemberian sumbangan 5,750 kampit beras menerusi program MyBeras@Wilayah setiap minggu.

Menerusi program KWP dengan kerjasama Yayasan Wilayah Persekutuan dan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan, golongan B40 di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan boleh mendapatkan bantuan tersebut mulai hari ini.

“Walau bagaimanapun saya ingin mengingatkan, dalam proses pengagihan jangan lupa perlu kekal mematuhi SOP tertentu yang ditetapkan demi untuk menjaga diri kita daripada dijangkiti Covid-19 (Koronavirus),” katanya. – SM

(Visited 274 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button