Nasional

PM komited buka sempadan negeri 90% dewasa lengkap divaksin

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menyatakan komitment untuk membuka sempadan negeri apabila 90 peratus penduduk dewasa lengkap menerima vaksin Covid-19.

Dalam wawancara Eksklusif Bersama Perdana Menteri malam ini, Ismail Sabri berkata, beliau memahami perasaan ibu bapa dan anak-anak yang sudah lama tidak berjumpa.

“Saya percaya ramai nak balik kampung. Setengah tu dah setahun lebih tak tengok ibu-bapa mereka.

“Setengah ibu-bapa tak sihat. Saya tahu kalau arwah mak saya dulu, kalau tak balik setiap minggu atau dua minggu sekali, dia akan menangis kalau telefon saya. Ramai saya percaya mempunyai situasi seperti yang saya pernah hadapi dulu. Kita faham tapi kerana masalah kesihatan kita sekat dahulu pergerakan.

“Tapi saya dah kata kita tak akan sekat pergerakan rakyat kita selama-lamanya. Saya dah umumkan, kalau 90 peratus rakyat secara keseluruhannya menerima dua dos vaksin, kita akan benarkan pergerakan rentas negeri,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, beliau akan mengumumkan dengan segera kebenaran untuk merentas negeri apabila sasaran 90 peratus lengkap divaksin tercapai.

Menyentuh mengenai janji 80 peratus dibuka sempadan negeri, Ismail Sabri menerangkan terdapat negeri yang peratusan lengkap divaksin terlalu rendah berbanding negeri lain.

“Kalau kita buka seluruh Malaysia kita tak mahu tinggalkan negeri-negeri yang masih kecil peratusan vaksin.

“Jadi sebab itu kita tunggu 90 peratus, kerana kita percaya apabila 90 peratus, setiap negeri dah 80 peratus lebih.
Ok. Jadi apabila lengkap 90 peratus kita akan umumkan, ini berita gembira untuk rakyat Malaysia,” katanya.-SM

(Visited 80 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button