Rencana

Terkejut polis dedahkan akaun Facebook suspek sebar berita palsu

SAYA terkejut apabila baru-baru ini polis mendedahkan akaun Facebook Ibu Yati iaitu wartawan yang pernah bertugas bersama-sama dengan saya di Utusan Malaysia.

Sedangkan beliau baru sahaja ditahan untuk disoal siasat berhubung penyebaran berita palsu berhubung tularnya virus membunuh Coronavirus.

Saya tidak pasti apakah ini merupakan prosedur baharu yang membenarkan mendedahkan identiti suspek sesuatu kes.

Mendedahkan akaun Facebook, samalah dengan mendedahkan individu tersebut kerana kami wartawan tidak menggunakan akaun palsu seperti pihak lain.

Seingat saya sepanjang kerjaya sebagai wartawan hampir 30 tahun, polis sangat menekankan kepada merahsiakan identiti suspek, hinggalah kes berkenaan dibawa ke mahkamah.

Itupun kalau direman, identiti masih lagi dirahsiakan dan wajah suspek perlu ditutup kerana selain terdedah dengan tindakan saman oleh individu berkenaan, ia juga mencabulkan hak asasi pihak terbabit.

Bayangkan akibat daripada perbuatan mendedahkan akaun Facebook suspek akan menyebabkan individu berkenaan menjadi mangsa buli siber yang cukup berleluasa di negara ini.

Berita palsu: Aduan dilakukan oleh pihak berkepentingan politik, kata Ibu Yati

Sehubungan itu PDRM perlu memberi penjelasan berhubung prosedur baharu ini.

Ibu Yati dalam wawancara dengan Suara Merdeka menjelaskan bahawa dia hanya disoal siasat dan telefon bimbitnya tidak dirampas.

Beliau juga menafikan menyebarkan berita palsu, tetapi hanya bertanyakan apa tindakan yang bakal diambil oleh pihak kerajaan berhubung tularnya virus merbahaya itu.

Baca juga:

Zed Zaidi beri keterangan 2 jam kepada SKMM

 

 

 

 

(Visited 342 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button