KebakaranNasionalNegeri

Rumah kongsi terbakar: Pekerja ditemukan rentung

SEORANG pekerja ladang kelapa sawit ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah kongsi di kawasan estet di Kalabakan, dekat Tawau, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi, Sofian Aggel Ibrahim, 52, dipercayai tidak sempat keluar dari rumah ketika kebakaran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya hanya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.50 tengah hari melalui Balai Polis Bombalai.

Katanya, pengadu lewat melaporkan kejadian itu akibat lokasi kejadian tiada liputan rangkaian telekomunikasi.

“Empat anggota bomba dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 65km untuk mengambil maklumat dan pengesahan kebakaran.

“Pengadu memaklumkan menemui mangsa dalam keadaan rentung dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Beliau berkata, blok rumah kongsi tidak kekal yang mempunyai tujuh pintu itu musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu.

“Pemeriksaan turut dijalankan bagi memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian sebelum operasi ditamatkan pada pukul 6.31 petang,” katanya. – SM

BACA Suami isteri dipercayai rentung dalam treler terbakar

BACA Seorang penduduk di pangsapuri ditemukan rentung di tingkat 21

 

(Visited 74 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button