Nasional

RFID di lorong tol satu pilihan, jangan paksa pengguna – PM

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu pengguna lebuh raya diberi pilihan sama ada menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), Touch N Go (TnG) atau Smart Tag untuk pembayaran tol.

Beliau berkata, langkah penyediaan pilihan di lorong-lorong tol itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Menurut Ismail, pilihan sama turut diberikan kepada pengguna sewaktu peralihan pembayaran tunai kepada TnG dan Smart Tag.

“Sekarang kita mahu memperkenalkan RFID untuk percepatkan laluan, tiada gate dan sebagainya.

“Cadangan itu bagus tetapi dari segi pengguna, mereka mesti diberi pilihan sama ada nak guna RFID, TnG atau smart tag,” kata Perdana Menteri.

Ismail Sabri memaklumkan konsesi lebuh raya tidak wajar memberi tekanan kepada pengguna lebuh raya memandangkan RFID masih lagi di peringkat ‘pilot project’.

“Kalau ada 10 lorong beberapa lorong untuk RFID, lorong lain masih lagi ada TnG dan juga smart tag.

“Jadi kita tak mahu ada tekanan kepada pengguna jalan raya, berikan mereka kebebasan memilih.

“Ini saya dimaklumkan sebagai ‘pilot project’. Jadi, samalah serahkan kepada pengguna untuk buat pilihan. Akhirnya kalau mereka rasa #RFID mudahkan perjalanan, mereka boleh migrate,” jelas Ismail Sabri.

Selain itu, ujar beliau, sekiranya RFID akan mengenakan sebarang bayaran pada masa akan datang, ia perlu dirujuk kepada Kabinet terlebih dahulu. – SM

(Visited 182 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button