Politik

Setelah Terbengkalai Beberapa Tahun, SMK Bandar Saujana Putra Beroperasi 21 Mac!

Pastinya ini berita gembira buat penduduk Bandar Saujana Putra yang ternanti-nanti pembukaan sekolah SMK Bandar Saujana Putra yang sebelum ini terbengkalai sejak beberapa tahun.

Sekolah ini akan beroperasi mulai 21 Mac ini. Pagi tadi saya menghadiri majlis ringkas penyerahan projek SMK Bandar Saujana Putra di sekolah tersebut.

Kemasukan murid ke sekolah ini melibatkan murid tingkatan 1, 2, 3 dan 4 dengan jumlah keseluruhan seramai 988 orang.

Saya yakin pembukaan sekolah ini memberi khabar gembira kepada penduduk Bandar Saujana Putra yang sebelum ini terpaksa menghantar anak-anak ke sekolah yang agak jauh dari tempat kediaman.

KPM amat komited memastikan projek-projek sekolah yang terbengkalai dapat disiapkan secepat mungkin bagi memberi kemudahan kepada murid dan ibu bapa.

Semoga pengoperasian SMK Bandar Saujana Putra berjalan lancar, teratur dan selamat. InsyaAllah.

Kredit: Dr. Radzi Jidin

(Visited 844 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button