
Rencah Hidup
PM bawa cucu ke pejabat
BEBERAPA minggu ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sibuk berikutan jadual padat beliau. Selain menerima kedatangan Presiden China Xi Jinping, beliau mengadakan lawatan ke luar negara.
Perdana Menteri juga sibuk menghadiri rumah terbuka sempena Aidilfitri di seluruh negara hinggakan beliau tidak sempat meluangkan masa bersama-sama anak-anak dan cucu-cucu.
“Cucu merungut kenapa saya jarang di rumah. Depa tak tau tugas untuk negara tidak mudah. Lantaran itu saya bawa depa mai pejabat tengok saya bekerja,” ujar Anwar dalam hantaran ke media sosial.