Politik

Kemunculan Fadzilah jadi penguat semangat golongan wanita untuk mengundi PN

Biar pun tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), kehadiran Nurul Fadzilah Kamaluddin dalam pelbagai kempen politik menjadi penguat semangat golongan wanita untuk mengundi Perikatan Nasional.

Boleh dikatakan Nurul Fadzilah tidak pernah gagal meluangkan masa hadir ke enam-enam negeri yang terlibat dalam PRN bersama jenteranya dan menyokong para calon yang bertanding pada 12 Ogos depan.

Dalam satu ceramahnya di Taman Melawati, Nurul Fadzilah menekankan bahawa dengan mengundi calon PN dan berusaha memastikan PN berkuasa, masyarakat akan menerima manfaat secara adil dan saksama.

Nasib anak-anak muda, golongan wanita serta kumpulan yang diabaikan sebelum ini boleh dikembalikan dalam jagaan, pemantauan serta perhatian agar hasil kebijaksanaan kerajaan negeri dapat dinikmati bersama.

(Visited 141 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button