Nasional

PN bawa suara rakyat di Parlimen Beruas

Pelancaran jentera Perikatan Nasional (PN) Parlimen Beruas sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menunjukkan gabungan itu telah bersedia untuk memperjuangkan suara rakyat.

Ong Kean Sing (dua dari kanan) bersama kepimpinan PN Parlimen Beruas pada majlis pelancaran jentera pilihanraya baru-baru ini.

Majlis Pelancaran Jentera PN Parlimen Beruas itu telah berjaya disempurnakan dengan kehadiran warga tempatan yang ramai di Arena Square Pengkalan Baharu, Pantai Remis di sini.

Komponen utama iaitu Bersatu, Pas dan Gerakan telah bersatu hati bagai aur dengan tebing menjayakan majlis ini bagi menghadapi PRU15.

Pada majlis tersebut, Ketua Pemuda Gerakan Perak, Ir. Ong Kean Sing telah memberi ucapan dan menegaskan bahawa PN merupakan satu gabungan politik yang mantap, bersih dan berwawasan untuk masyarakat Parlimen Beruas.

Tegas beliau, PN merupakan barisan yang afdal dan pakatan yang mantap untuk menjadi pilihan rakyat.

“Ini kerana PN memiliki rekod pencapaian yang cemerlang dimana Pengerusinya, Tan Sri Muyiddin Yassin berjaya menangani situasi pandemik Covid-19 semasa melanda negara kita.

“Oleh itu, rakyat jelata terutama penduduk Beruas wajar menyokong PN agar gabungan ini dapat membawa kemajuan kepada masyarakat supaya hidup dalam kemakmuran dan kesejahteraan dengan perpaduan yang kukuh,” ujarnya.

Secara tradisinya, Parlimen Beruas merupakan kubu kuat Gerakan sebelum dirampas DAP pada PRU12 setelah Datuk Chang Ko Youn tewas dengan majoriti 1,828 undi.

Parlimen Beruas mempunyai tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Pengkalan Baharu, DUN Pantai Remis dan DUN Astaka.

Pada PRU14, kerusi Parlimen Beruas dimenangi PKR, begitu juga DUN Pantai Remis dan DUN Astaka.

DUN Pengkalan Baharu dimenangi Barisan Nasional.

 

(Visited 317 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button