Bencana alam

PM arahkan agensi berkenaan pindahkan mangsa banjir di Selangor

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan agensi berkenaan bencana alam memindahkan mangsa banjir di Selangor.

”Saya menerima laporan beberapa kawasan di negeri Selangor dinaiki air sejak semalam.

“Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) serta agensi penyelamat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah dikerahkan ke lokasi-lokasi yang dilanda banjir bagi memindahkan mangsa.

”Saya mengarahkan semua agensi yang terlibat termasuk Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), memberikan perhatian sepenuhnya untuk membantu semua Keluarga Malaysia yang ditimpa musibah banjir,” katanya dalam dalam hantaran di Facebook.

Beliau turut mengarahkan bahawa dipastikan operasi menyelamat mangsa berjalan dengan lancar, stok makanan dan pengangkutan telah bersedia sepenuhnya.

Perdana Menteri turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan bencana yang berlaku dan mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh agensi keselamatan.

”Sentiasa peka dengan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia bagi membuat persediaan awal.

“Sama-sama kita berdoa agar bencana alam ini segera pulih dan mangsa dapat pulang ke kediaman masing-masing dengan selamat,” katanya.

Kredit foto: Bernama

(Visited 243 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button