Nasional

KPDN kawal harga bawah SHMMP Pesta Kaamatan, Hari Gawai

SETIAP kali tiba musim perayaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pasti tidak betah duduk kerana perlu mengawal harga barang-barang keperluan daripada diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Oleh itu, KPDN menerusi satu kenyataannya hari ini memaklumkan, pihaknya akan melaksanakan SHMMP Pesta Kaamatan pada 27 Mei 2023 sehingga 2 Jun depan dan SHMMP Hari Gawai pada 29 Mei 2023 sehingga 4 Jun nanti.

TELOR jadi isu yang perlu ditangani segera bukan lengah-lengahkan. – SM

KPDN telah mengenal pasti sebanyak 8 jenis barangan yang akan dikawal di bawah skim tersebut dan tempoh pelaksanaannya adalah selama tujuh hari iaitu tiga hari sebelum perayaan, sehari semasa perayaan dan tiga hari selepas perayaan.

“Tempoh pelaksanaan adalah bersesuaian mengikut keadaan semasa iaitu mewujudkan suasana menang-menang kepada pengguna dan peniaga.

“Pengguna dapat menikmati harga yang berpatutan dan peniaga pula tidak tertekan dengan tempoh masa pelaksanaan yang terlalu lama,” katanya.

KPDN berkata, selain daripada mengenal pasti lapan jenis barangan yang akan dikawal, enam jenis barangan daripada kategori ayam dan telur sedang dikawal di bawah Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam yang sedang berkuat kuasa sejak 5 Februari tahun lepas.

Menurut KPDN dalam kenyataan yang sama,   SHMMP Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2023 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan membolehkan penentuan harga dibuat.

Penguatkuasaan secara berhemah dilaksanakan dengan memberi pendidikan, nasihat dan amaran supaya para peniaga mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa dan mengamalkan peniagaan yang beretika, katanya. – SM

BACA Kerajaan kawal kenaikan harga minyak masak

BACA Harga kawalan atau harga terkawal?

(Visited 208 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button