NegeriRencah Hidup

Allahyarham Ustaz Ku Abdullah, Ustaz Hashim dinobatkan Tokoh Huffaz

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang diiringi anakanda Syed Sirajuddin Areeb Putra berkenan mengurniakan sijil penghargaan kepada Pengerusi PERMALIS, Ustaz Muhammad Rohim Khamis sempena ‘Majlis Iftar Jama’ie dan Himpunan Huffaz Perlis 2024’ di Masjid Terapung Al-Hussain, Kuala Perlis.

ALLAHYARHAM Ustaz Ku Abdullah Ku Jusoh dan Ustaz Hashim Othman dinobatkan sebagai Tokoh Huffaz sempena ‘Majlis Iftar Jama’ie dan Himpunan Huffaz Perlis 2024’ di Masjid Terapung Al-Hussain, Kuala Perlis.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan majlis yang julung kalinya diadakan tersebut dan seterusnya menyampaikan anugerah-anugerah.

Allahyarham Ustaz Ku Abdullah diwakili oleh anaknya, Mohd Fauzi Ku Abdullah.

Berangkat sama ialah anakanda Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail. Turut hadir, Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli dan Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Muhammad Azmir Azizan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang diiringi anakanda Syed Sirajuddin Areeb Putra berkenan bergambar kenangan sempena ‘Majlis Iftar Jama’ie dan Himpunan Huffaz Perlis 2024’ di Masjid Terapung Al-Hussain, Kuala Perlis.

Program yang bertemakan ‘Demi Kelestarian Tahfiz Perlis’ telah dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz Perlis (PERMALIS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

Majlis yang disertai 420 pelajar Madrasah dan Maahad Tahfiz ini diadakan dengan tujuan untuk mewujudkan ukhuwah sesama institusi Tahfiz, mewujudkan hubungan antara Tahfiz dengan pihak JAIPs serta memperkenalkan PERMALIS sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam menjaga kebajikan Tahfiz, institusi dan warganya.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan untuk menyempurnakan simbolik perasmian majlis tersebut dan pengurniaan sumbangan PERMALIS bernilai RM1,000 kepada 15 wakil Maahad Tahfiz iaitu Madrasah Tahfiz Muqarrabin, Maahad Tahfiz Ilmu Al-Quran Perlis, Maahad Tahfiz Al Hikmah Lilbanat, Maahad Tahfiz Al-Quran An-Nur Diniah dan Maahad Tahfiz Al -Quran Al-Bayan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang diiringi anakanda Syed Sirajuddin Areeb Putra berkenan mengurniakan anugerah penghargaan kepada salah seorang penerima sempena ‘Majlis Iftar Jama’ie dan Himpunan Huffaz Perlis 2024’ di Masjid Terapung Al-Hussain, Kuala Perlis.

Turut terlibat sama adalah Ma’ahad Tahfiz Al-Quran Al-Raudhah, Maahad Tahfiz Al -Quran Nur Intibah, Madrasah Miftahul Hidayah, Maahad Tahfiz Al Hikmah, Maahad Ibnu Aqil, Akademi Al Quran Imam Shafie, Maahad Tahfiz Al Imam An Nawawi, Madrasah Arrohman, Maahad Tahfiz Al -Qur’an Nurul Saadah dan Maahad Tahfiz Ibnu Kathir. – SM

BACA Tiga usahawan OKU fizikal dinobatkan sebagai pemenang dalam program SAY

BACA Ujian pengesan ‘babi’ dinobatkan sebagai pemenang dalam liga usahawan Selangor

(Visited 106 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button