Uncategorized

PM arah bayar segera Bantuan Khas COVID-19

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Kementerian Kewangan untuk segera membayar Bantuan Khas COVID-19 (BKC).

Bantuan itu sepatutnya dibayar kepada kiran-kira 10 juta orang pada bulan lalu dan dana berjumlah RM3.1 juta telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkenaan.

Menurut Ismail Sabri, pembayaran BKC akan bermula pada 6 September ini.

“Oleh itu, saya telah mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran BKC. Hari ini dana berjumlah RM3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan.

“Proses pengkreditan Fasa 1 akan bermula pada 6 September 2021 dan dijangka selesai pada 10 September 2021.

“BKC akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan,” katanya.

BKC merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan oleh perdana menteri terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.

Kerajaan telah mengumumkan Pakej PEMULIH pada 28 Jun sebagai antara inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan akibat pandemik COVID-19.

“Saya sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

“Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutamanya kumpulan sasar.,” kata Ismail Sabri dalam satu kenyataan.

Penerima yang terdiri daripada golongan miskin tegar, bujang hingga kumpulan M40 akan menerima bantuan berjumlah antara RM100 hingga RM500 mengikut kategori.-SM

(Visited 166 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button