Alam SekitarBanjir

PM arah agensi penyelamat gerakan operasi di Kelantan, Terengganu

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Abri berkata beliau telah menerima laporan beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu terutamanya di Hulu Terengganu ditimpa musibah banjir yang teruk dan sejak semalam, beliau mengarahkan NADMA serta agensi menyelamat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, PDRM, ATM dan Angkatan Pertahanan Awam telah dikerahkan bagi kerja-kerja memindahkan mangsa banjir di dua negeri berkenaan.

”Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang melakukan kerja-kerja menyelamat di kawasan terjejas bagi memastikan proses evakuasi mangsa berjalan lancar.

”Angkatan Tentera Malaysia melalui Briged Kelapan Infantri Malaysia juga telah diaturgerak membantu mangsa di kedua-dua negeri.

”Ramai yang terjejas sedang diselamatkan dan dibawa ke tempat yang lebih selamat.

”Saya juga telah mengarahkan NADMA untuk memastikan kit makanan mencukupi di PPS selain Kementerian Kesihatan turut membantu dalam memastikan pencegahan penularan COVID-19 dilaksanakan di pusat pemindahan,” kata Perdana Menteri.

Justeru beliau meminta mangsa banjir, ikuti langkah-langkah keselamatan dan berpindah ke PPS atau tempat yang selamat untuk keselamatan diri dan keluarga.

“Sama-sama kita doakan agar keadaan banjir segera pulih dan mangsa dapat pulang ke kediaman masing-masing,” ujar beliau

(Visited 134 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button