Nasional

PM Anwar terima kunjungan hormat TPM Thailand

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri Thailand Jen Prawit Wongsuwan di kediaman rasminya Seri Perdana di sini.

Prawit ditemani Timbalan Menteri Pertahanan Thailand Jen Chaichan Changmongko semasa kunjungan hormat itu.

Prawit dan delegasinya disambut Anwar, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika tiba di Seri Perdana kira-kira tengah hari.

Anwar memberitahu pemberita bahawa pada pertemuan mereka selama hampir dua jam itu, beliau dan Prawit membincangkan pelbagai isu, termasuk insiden pengeboman yang menyebabkan kereta api kargo tergelincir dari Hatyai ke Padang Besar pada 6 Disember tahun lepas.

Prawit dan delegasinya telah tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang pada jam 11 pagi untuk lawatan khas sehari ke Malaysia.

Lawatan itu bertujuan mengeratkan hubungan dua hala dan bagi pemimpin kedua-dua negara bertukar pandangan dan maklumat untuk manfaat rantau ini.

Ini merupakan lawatan kedua Prawit ke Malaysia sejak sempadan negara dibuka pada April tahun ini selepas wabak Covid-19 dapat dikawal.

Thailand ialah rakan dagang keenam terbesar Malaysia di dunia dan kedua terbesar di ASEAN manakala Malaysia adalah rakan dagang keempat terbesar Thailand di dunia.

 

(Visited 150 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button