Hiburan

Tidak jaga pemakanan, minuman berais: Aktor Zalif Sidek diserang asma

PERKHABARAN kurang enak didengar berkenaan dengan kesihatan pelakon Zalif Sidek atau nama sebenarnya, Md Zalif Naquiuidin Wan Abu.

MStar melaporkan, pelakon berusia 35 tahun itu diserang asma sejak Isnin lepas dan serangan asma yang dialaminya agak teruk.

Dia terpaksa menggagahkan diri pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Kata Zalif lagi, dia berasa tidak sihat sewaktu bangun tidur.

Dia rasa lain macam dan mula sesak nafas serta selesema. Zalif juga memberitahu, dia langsung tidak boleh bercakap kerana semput.

“Ini serangan asma yang paling teruk saya alami tahun ini,” kata Zalif.

Beliau berkata, punca mengapa dia diserang asma yang teruk ialah disebabkan tidak menjaga pemakanan dan kerap minum minuman berais.

Memang orang yang mempunyai asma, langsung tidak dibenarkan mengambil minuman berais atau sejuk.

Zalif juga berkata, selain tidak menjaga pemakanan, dia juga terdedah kepada habuk ekoran baharu berpindah ke rumah baharu.

“Ahad lalu saya pindah rumah. Jadi, saya memang sibuk mengemas dan terdedah kepada habuk yang banyak.

“Saya pula sensitif dengan habuk. Itulah juga antara penyebab saya diserang asma yang teruk,” ujarnya.

Apabila mengetahui tahap kesihatan diri itu tidak begitu baik, sepatutnya Zalif cuba mendisiplinkan dirinya walaupun dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Beliau mengakui, sejak hari raya pertama lagi, dia memang tidak jaga makan. Pendek kata, macam-macam makanan yang masuk ke dalam perutnya dan minuman berais sahaja yang melalui tekaknya.

Semoga selepas ini Zalif sedar dan menjaga pemakanannya dan ‘mengharamkan’ minuman berais.

Benar kata Zalif, “Sudah tiba masanya saya mendirikan rumah tangga supaya ada teman hidup yang boleh membantu menjaga saya terutama ketika sakit.

“Doakan saya cepat bertemu jodoh kerana apabila berseorangan, semua benda kena buat seorang diri.

“Kalau ada pasangan hidup, tidaklah saya sakit seorang di rumah dan pergi ke klinik, seorang.” – SM

(Visited 725 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button