fbpx
Politik

PM-8: Agong memutuskan untuk tidak jumpa Dr. M pagi ini

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak lagi membuka pintu Istana Negara kepada Pakatan Harapan berhubung pelantikan perdana menteri ke-8.

Tun Dr Mahathir Mohamad pagi ini berkata,  Al-Sultan Abdullah sudah membuat keputusan untuk tidak berjumpa dengannya lagi.

“Yang di-Pertuan Agong sudah buat keputusan dia (Tan Sri Muhyiddin Yassin) mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan pada jam 10.30 pagi ini walaupun kita (PH) yang mempunyai majoriti.

“Saya kini tidak lagi boleh berhubung dengan pihak istana. Saya juga tidak akan ke istana hari ini. Susulan perlantikan itu, saya hari ini menamatkan tugas sebagai Perdana Menteri Interim,” katanya pada sidang media di Yayasan Al-bukhary,” katanya pada sidang media, di Yayasan al-Bukhary, hari ini.-SM


Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button