BeritaPendidikan

KUIPs lahirkan graduan holistik relevan dengan pasaran

Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) mempunyai objektif strategik bagi menzahirkan graduan holistik yang relevan dengan keperluan masyarakat yang membudayakan teknologi dan keusahawanan melalui ekosistem universiti yang dinamik.

KUIPs juga ingin membina kewangan yang mampan demi kelestarian universiti serta
menyediakan prasarana kondusif yang menyokongnya sebagai universiti penuh satu hari nanti.

Pada masa yang sama, memberikan perkhidmatan pendidikan yang terbaik dan berfokus, melahirkan graduan berpengetahuan yang seimbang dalam aspek teori dan praktikal serta membina jenama yang menjadi pilihan masyarakat.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Canselor KUIPs selepas berkenan berangkat menghadiri ‘Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan Ke 3 bagi tahun 2021’ yang diadakan di Masjid Al-Ehsan Kg. Darat Beseri, Padang Besar, Perlis.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

10 orang asnaf terpilih daripada kalangan anak kariah masjid berkenaan menerima sumbangan agihan zakat MAIPs daripada baginda. Turut diadakan ialah promosi pengambilan pelajar KUIPs yang bernaung di bawah MAIPs.

(Visited 356 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button