Nasional

Malaysia mahu terlibat sama dalam pembangunan kota baharu Indonesia

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dan surat niat (LoI) antara syarikat Malaysia dan Indonesia sebaik tiba di Jakarta.

Menerusi kerjasama ini, Malaysia secara rasmi menyatakan hasrat untuk terlibat sama dalam pembangunan ibu kota baharu Indonesia, Nusantara.

“Hasrat berkenaan disuarakan 10 syarikat Malaysia menerusi 11 LoI.

“Sembilan MoU turut diserahkan pada majlis petang tadi, melibatkan sejumlah RM1.66 bilion,” katanya.

Sementara Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula berhasrat meneroka peluang untuk terlibat dalam sektor tenaga termasuk tenaga diperbaharui.

“Semoga segala kerjasama ini akan dipermudahkan demi kemakmuran Malaysia-Indonesia, InsyaAllah,” katanya,

Artikel berkaitan > Lapan MoU akan dimeterai M’sia-Indonesia

(Visited 250 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button