Politik

PKR tanding 14 kerusi DUN di PRN Sabah

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) akan bertanding di 14 kawasan Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Ketua Penerangan MPN PKR Sabah.Simsudin Sidek, PKR meletakkan lebih banyak calon berbanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 kerana keanggotaan parti itu di Sabah telah mencecah lebih 170,000 orang.

Bilangan itu menjadikan Sabah negeri kedua tertinggi dari segi keanggotaan parti selepas Selangor.

“Atas sebab itu, parti kali ini ingin meletakkan 14 orang calon DUN, satu peningkatan yang munasabah memandangkan bilangan kerusi DUN juga meningkat dari 60 sebelum ini kepada 73 untuk Pilihan Raya Negeri Sabah 2020.

“Dua rundingan terakhir PKR-Warisan telah melibatkan Datuk Seri Shafie Apdal dan pimpinan tertinggi PKR,” kata Simsudin  dalam satu kenyataan.

Senarai DUN yang akan ditandingi PKR adalah  Api-Api, Inanam, Tempasuk, Tamparuli, Matunggong, Klias
Sook, Kemabong, Segama, Limbahau, Sg Manila, Membakut, Pintasan dan Petagas.

Dalam Pilihan Raya Umum 2018, PKR hanya bertanding enam kerusi Parlimen dan lapan kerusi DUN pada 2018. PKR menang tiga kerusi Parlimen dan dua kerusi DUN pada PRU itu.

“Sebagai sebuah parti pelbagai kaum yang telah lama menyertai pilihan raya, PKR juga berhasrat menampilkan calon Bumiputera Islam, Bumiputera Bukan Islam dan Cina. KEADILAN juga ingin mempunyai calon di segenap pelusuk Sabah.
“Kali ini, KEADILAN melakukan tapisan rapi untuk memastikan calon-calon yang berwibawa, termasuk muka-muka baharu anak muda dan wanita,” kata Simsudin.

Menurutnya, komitmen PKR adalah untuk mengembalikan mandat rakyat kepada Kerajaan Negeri yang diterajui Warisan, Pakatan Harapan dan UPKO pimpinan Shafie.-SM

(Visited 573 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button