Politik

PKR Sarawak tidak terjejas, walaupun Larry Sng melompat

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh memberi jaminan parti itu masih kukuh dan tidak terjejas berikutan keputusan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien meletakkan jawatan sebagai ketua parti.

Menurutnya, Wei Shien telah menyatakan hasrat tersebut sejak dua bulan lalu selepas sejak setahun memimpin parti.

Wei Shien yang juga anak lelaki veteran politik Sarawak, Datuk Sng Chee Hwa, memenangi kerusi Parlimen Julau sebagai calon Bebas sebelum menyertai PKR selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018.

Abang Zulkifli memberi jaminan PKR negeri tetap akan berjalan seperti biasa termasuk urusan di peringkat cabang.

“Di samping itu, program memperkukuhkan jentera di setiap kawasan berjalan seperti biasa dengan gerakan menyantuni rakyat tetap menjadi rutin pimpinan kita.

“Saya menyeru ahli parti supaya jangan gusar, sebaliknya meneruskan usaha menperkuatkan parti di semua peringkat.

“Norma berpolitik, memang begitu. Pemimpin akan datang dan pergi.

“Antara cabaran kecil dalam dunia politik ialah bila kita berhadapan dengan tabiat ahli dan pemimpin lari dan melompat parti,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

(Visited 362 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button