Politik

PKR nafi SPRM rampas berjuta ringgit dari Tim. Pengerusi PKR Perak

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) Perak menafikan berita kononnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merampas aset dan wang tunai bernilai jutaan ringgit daripada bekas pegawai tugas-tugas khas kepada Menteri air, Tanah dan Sumber Asli Xavier Jayakumar.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, hanya sejumlah wang tunai bernilai RM17 ribu telah dirampas daripada M A Tinagaran untuk siasatan.

Beliau turut menafikan sebuah kereta yang telah disita oleh SPRM milik Timbalan Pengerusi KEADILAN Perak itu tetapi sebaliknya ia merupakan kenderaan kepunyaan seorang kenalan kepada Tinagaran.

Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak

“Lebih mendukacitakan adalah apabila beberapa portal lain juga sekadar memetik sumber untuk mensasikan laporan tanpa membuat usul periksa secara lanjut.

“Saya ingin mengingatkan bahawa penyebaran berita palsu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Diharap kerajaan tidak bersikap berat sebelah di dalam pemantauan berkenaan isu ini.


“Media harus lebih cermat kerana siasatan masih dijalankan dan semoga proses perundangan berjalan secara lancar tanpa prejudis,” katanya.

Menurutnya, sikap tidak bertanggungjawab wartawan sebuah portal dalam melaporkan kes berkenaan telah memberikan gambaran negatif dengan memutar belitkan fakta secara prejudis.

Portal berita itu sebelum ini melaporkan SPRM telah menahan Thinagaran bagi siasatan berhubung rasuah melibatkan jutaan ringgit melibatkan kementerian itu semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Beliau ditahan bersama-sama dua pengarah syarikat dalam operasi SPRM di Ipoh.

Portal itu turut melaporkan SPRM juga merampas wang tunai berjumlah RM1.2 juta daripada sebuah rumah dan pejabat.

Selain itu portal tersebut mendakwa, sumber memberitahu bank akaun milik individu dan syarikat dengan wang berjumlah RM77 juta dibekukan.

Katanya, kereta mewah yang dirampas didakwa digunakan oleh Xavier sebagai kereta rasmi semasa menjadi menteri.

Sumber yang mengetahui mengenai siasatan itu memberitahu portal tersebut, rasuah tersebut melibatkan penganugerahan projek pasir yang berada di bawah bidang kuasa Xavier ketika menjadi menteri.-SM

(Visited 475 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button