Nasional

Beku akaun: Mahkamah tolak permohonan Aman Palestin

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak usaha Aman Palestin untuk memulakan cabaran undang-undang terhadap keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  membekukan 11 akaun banknya sementara menunggu siasatan.

Hakim Amarjeet Singh berkata, perkara itu – siasatan pengubahan wang haram – tidak boleh diterima oleh semakan kehakiman.

“Kuasa untuk mengeluarkan perintah pembekuan adalah sebahagian daripada proses siasatan jenayah,” katanya.

Bagaimanapun tiada arahan mengenai kos, Peguam Rafique Rashid Ali mewakili Aman Palestin manakala peguam kanan persekutuan Ahmad Hanir Hambaly dan Irmawatie Daud mewakili SPRM.

Aman Palestin telah berusaha untuk membatalkan keputusan SPRM membekukan akaunnya atas alasan menyalahi undang-undang.

NGO itu mendakwa pegawai yang menandatangani perintah pembekuan tidak dibenarkan berbuat demikian.

Aman Palestin juga mendakwa bahawa perintah pembekuan itu dikeluarkan dengan niat jahat dan merupakan percubaan untuk menghalang bantuan kewangan daripada sampai ke Gaza.

“Oleh kerana perintah pembekuan, Aman Palestin tidak boleh membayar perbelanjaan operasi hariannya,” kata NGO itu.

SPRM membekukan dana Aman Palestin dan beberapa syarikat lain tahun lepas dalam siasatannya terhadap dakwaan penyelewengan RM70 juta oleh NGO itu.

SPRM berkata siasatannya dijalankan di bawah Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, dan Kanun Keseksaan. – SM

(Visited 14 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button