Nasional

Muhyiddin lepaskan jawatan PM tunai tangggungjawab sebagai Islam, tiada sesalan

TAN Sri Muhyiddin Mohd. Yassin melepaskan jawatan Perdana Menteri kerana mahu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam.

Dalam program temubual Agenda Awani malam tadi, Muhyiddin menegaskan beliau bertindak begitu kerana mengetahui tidak lagi mempunyai majoriti selepas 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan.

Tambah Ahli Parlimen Pagoh itu, beliau menerima apa yang berlaku sebagai takdir.

“Selepas 15 Ahli Parlimen UMNO tidak menyokong saya, maka saya tidak boleh bertahan lama. Saya perlu melaksanakan tanggungjawan saya sebagai manusia Islam untuk meninggalkan jawatan itu.

“Saya terima ia sebagai satu takdir, qada dan qadar tapi ia tidak melemahkan semangat saya untuk terus membuat apa yang saya fikirkan wajar dan betul di sisi Allah. Itu jadi panduan saya.

“Soal menyesal atau tidak, tidak pernah berbangkit dalam kamus hidup kerana apa yang paling utama adalah amanah yang saya pikul untuk melaksanakan tugas dengan sebaiknya dan mengutamakan rakyat,” kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Muhyiddin menegaskan tidak pernah timbul perasaan menyesal melepaskan jawatan itu.

Ini kerana menurut beliau, tindakan beliau itu juga kerana tidak mahu menimbulkan kesusahan kepada rakyat.

“Saya sudah 45 tahun dalam kancah politik, saya tahu politik, bukan saya tidak tahu berbahas, hentam lawan. Tetapi saya tahu rakyat susah, saya akan dimarahi kalau saya buat begitu kerana kes tidak selesai tetapi kita bergaduh sesama sendiri, berebut kuasa.

“Kerana itu, saya sebagai perdana menteri dan walaupun kita tidak lagi kini, adalah untuk membanu rakyat. Itu bagi saya paling penting utama. That is what we have been doing and I think we have been quite sueccessful in that area,” ujar beliau.

Sementara itu Muhyiddin memberitahu, kuasanya sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, kuasanya masih sama seperti ketika dia mempengrusikan sebelum ini.

Muhyiddin berkata, beliau sudah mula mengatur keutamaan yang perlu diberikan kepada MPN bagi memastikan perancangan yang dibuat adalah tepat dan sampai kepada kumpulan sasar. Katanya melalui kuasa tersebut, beliau boleh membuat keputusan segara.

“Jadi apa yang saya harapkan adalah sokongan ahli MPN tidak kisah daripada kerajaan, pembangkang atau profesional.

“Kita harus ketepikan soal itu kerana apa yang penting adalah menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat,” katanya.-SM

 

 

(Visited 349 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button