Jenayah

Petronas beri kerjasama kes pekerja didakwa tipu keluarga maut Covid-19

Petronas mengesahkan seorang kakitangan syarikat kontraktornya ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung isu kematian melibatkan 14 ahli keluarganya akibat Covid-19.

Dalam satu kenyataan, Syarikat minyak dan gas itu berkata, pihaknya tidak menyokong tindakan lelaki terbabit dan akan membantu siasatan polis.

“Individu terbabit juga didakwa telah menerima sumbangan atas perkara berkenaan. Pihak Petronas akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam membantu siasatan yang dijalankan.

“Petronas juga menegaskan pihaknya tidak menyokong perbuatan salah laku seperti itu sama ada oleh kakitangan atau kontraktor,” jelasnya.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, pihaknya akan menyiasat mesej tular kononnya seorang kakitangan Petronas Pengerang kematian 14 ahli keluarga akibat Covid-19.

Menurut maklumat yang tular menerusi media sosial WhatsApp dan Facebook, lelaki itu mendakwa berdepan ujian berat apabila kehilangan ahli keluarga mulai Jun lalu hingga September ini.

Mesej tular tersebut menyatakan lelaki yang mempunyai lapan orang anak telah kehilangan isteri dan tiga anaknya pada Jun dan Julai lalu.

Pada 2 September, lima lagi anaknya bersama ibu, kakak dan abang ipar juga dua anak mereka turut meninggal dunia akibat virus itu.

Mesej itu juga turut memaparkan nombor akaun lelaki berkenaan bagi mereka yang mahu memberikan sumbangan khairat kematian keluarganya itu.-SM

 

(Visited 558 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button