BeritaPendidikan

Aishah harumkan nama negara di Universiti Victoria

SEORANG pelajar Malaysia di Universiti Victoria, Kanada, Dr. Aishah Bakhtiar mengharumkan nama negara apabila menerima anugerah khas daripada Fakulti Pendidikan di universiti itu.

Selain menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Aishah dipilih sebagai seorang daripada penerima Anugerah Penyelidikan Siswazah Cemerlang.

Beliau menerima penganugerahan itu dalam istiadat konvokesyennya semalam selepas pihak universiti mengiktiraf sumbangannya dalam penyelidikan bidang pendidikan.

Penerima PhD Psikologi Pendidikan dan Kajian Kepimpinan itu berjaya mewujudkan pemahaman baharu tentang motivasi yang berpotensi dalam perkongsian aktiviti.

BACA > Aktiviti latihan sukan air dibenarkan — Suara Merdeka

Malah, dalam disertasi PhD, beliau mencadangkan pembangunan dan pengembangan sokongan instruksional yang baharu bagi membina kolaboratif dalam bidang pendidikan.

Universiti Victoria dalam kenyataannya menyatakan hasil disertasi itu juga membuktikan prestasi dan usaha Aishah selama bertahun itu sebagai siswazah di samping pencapaian cemerlang dalam Purata Nilai Gred (GPA).

Menurutnya juga, Aishah dianugerahkan biasiswa bernilai 140,000 Dolar Kanada (RM440,700) bagi pengajiannya di sana.

Dalam pengajiannya juga, beliau menulis sembilan artikel bagi penyeldikanna dan membentangkan secara meluas dalam pelbagai persidangan.

BACA > 115 ilmuwan IPT seru rakyat sokong Muhyiddin kemudi negara — Suara Merdeka

Tahniah Dr. Aishah Bakhtiar dari Suara Merdeka. – SM

(Visited 302 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button