NasionalPolitik

UMNO sudah korbankan prinsip asal perjuangan – Muhyiddin

PERJUANGAN UMNO ketika ini sudah lari daripada prinsip asal dan tidak lagi seperti sebelum ini malah parti itu sudah rodak akibat perbuatan segelintir pemimpin demi kepentingan diri kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, ini termasuk tindakan UMNO yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) yang turut dianggotai oleh DAP.

“Zaman berzaman sejak saya jadi ahli UMNO dulu, jangan sebut DAP..pantang, memang tak sebulu, bukan parti yang harus di dokong oleh orang Melayu.

“Saya bukan nak cakap soal perkauman, kerana saya tahu, perjuangan mereka (DAP) tidak menggambarkan dia memahami hasrat dan cita-cita orang Melayu dan sebab itu sejak dahulu lagi UMNO tidak boleh bersepakat langsung dengan DAP. Malah bertentangan, dia (DAP) sebelah sana, UMNO di sini, tapi macam mana hari ini dah berbeza.

“Ahli UMNO jangan fikir UMNO macam dahulu, UMNO sekarang sudah rosak, koyak rabak, prinsip asal perjuangan UMNO sudah tidak ada lagi, dikorbankan,” katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana Parlimen Tampin di Felda Jelai, Gemas, Tampin malam tadi.

Katanya, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula berdepan pertuduhan di mahkamah akibat salah laku, rasuah dan sudah dibicarakan.

Oleh itu kata Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya menolak rasuah tapi dalam masa sama melantik Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri dilihat seolah-olah bercakap tidak serupa bikin.

“Kalau dia (perdana menteri) menunjukkan menentang rasuah, dia mesti tolak Zahid Hamidi berada dalam kerajaan, tapi kalau tolak Zahid, dia (Anwar) tak boleh jadi perdana menteri.

“Disebabkan Zahid ada masalah peribadi, Anwar dah lama nak jadi perdana menteri dan dua-dua ini ada tujuan yang tersendiri, maka soal ideologi, perjuangan bangsa, agama, negara..porah (diketepikan), yang penting nafsu, yang penting diri sendiri. Sehingga terkorban dan dikorbankan sebuah pertubuhan politik yang asalnya berjuang untuk orang Melayu, kini hancur,” katanya. –SM

(Visited 47 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button