Hiburan

PKPP: Pemuzik jalanan gembira dapat teruskan karier

GOLONGAN pemuzik jalanan turut menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kebenaran diberi kepada sektor perniagaan untuk beroperasi secara berperingkat-peringkat.

Pemuzik jalanan yang juga dirujuk sebagai buskers turut gembira apabila aktiviti yang terhenti sejak tiga bulan lalu, dapat dilaksanakan semula mulai 10 Jun ini.

Memetik laporan ASTRO Awani http://www.astroawani.com/berita-malaysia/busker-sambut-baik-kebenaran-kerajaan-berkarya-dalam-normal-baharu-246110 pemuzik jalanan sepenuh masa, Muhammad Khairil Hafizi Mustafa Al Bakri, 30, berkata, meskipun berhadapan dengan saat-saat sukar apabila hilang pendapatan sejak 18 Mac lalu, dia kini bersyukur apabila punca rezeki dapat diteruskan semula.

Muhammad Khairil Hafizi atau lebih dikenali dengan panggilan Kuku menjadi pemuzik jalanan sejak lima tahun lalu.

“Saya rasa bersyukur sangat dapat berpeluang meneruskan kerjaya dan dapat kembali mencari rezeki sebagai pemain muzik sepenuh masa di kedai makan dan kafe walaupun kebarangkalian sambutan daripada pelanggan besar kemungkinan tidak seperti dulu.

“Tetapi apa yang penting, kita tawakal dan harapan saya kepada rakyat Malaysia agar terus mengikuti arahan yang ditetapkan oleh kerajaan bagi menangani pandemik COVID-19 ini,” katanya.

Mengulas mengenai norma baharu, kata Muhammad Khairil, dia akan meneruskan aktiviti busking secara langsung dalam talian bagi mendapat pendapatan lebih.

“Seperti biasa saya akan busking di kafe dan kedai makan cuma dengan penjarakan sosial dan norma baharu itu diterapkan.

“Pada masa sama, saya akan teruskan bermain muzik secara langsung di platform media sosial seperti mana yang dilakukan sejak tiga bulan lalu,” katanya.

(Visited 88 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button