Hiburan

Artis Korea maut dalam tragedi Halloween di Itaewon

TAK pasal-pasal, nyawa melayang hanya semata-mata mahu meraikan Halloween.

Ratusan maut apabila orang ramai berkumpul di satu lorong sempit di Itaewon, Seoul, Korea untuk kerana mahu berpesta Halloween.

“Sweets or treats” tidak kedengaran apabila yang meninggal dunia dalam kejadian itu baru-baru ini, dilaporkan berasak-asak, bersempit-sempit dan dipijak.

Salah seorang antara ribuan yang hilang nyawa dalam insiden di Itaewon ialah artis Korea yang dikenalpasti sebagai Lee Jihan.

Memang mendiang pergi ke Itaewon iaitu tempat pilihan popular dalam kalangan komuniti di Seoul untuk sambutan perayaan.

Ini termasuklah sambutan Tahun Baharu dan lain-lain pesta yang diraikan oleh masyarakat di sana.

Lee Jihan yang meninggal dunia bersama mangsa yang lain juga merupakan bekas peserta sebuah program survival.

Memetik laporan portal berita Allkpop, berita kematian Lee Jihan dikongsi oleh beberapa sahabat pelakon lelaki yang berusia 24 tahun itu.

Mereka meluahkan rasa sedih di atas kejadian yang menimpa Lee Jihan.

Kematian Lee Jihan disahkan oleh keluarganya dan agensi pengurusan mendiang iaitu 935 Entertaiment menerusi media sosial.

Mayat Lee Jihan masih berada di Hospital Myongji sementara menunggu untuk upacara pengebumian yang akan diadakan esok. – SM

(Visited 743 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button