Nasional

PKPP: Lima lagi warga asing ditahan

LIMA lagi warganegara asing berjaya ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan imigresen pada Isnin.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, usaha berterusan itu dilakukan menerusi Operasi Benteng melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM).

Katanya, kawalan ketat sempadan negara secara bersepadu dijalankan untuk mengelak dibolosi pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi mengekang jenayah rentas sempadan, selain menyekat penularan wabak Covid-19.

“Sebanyak 67 sekatan jalan raya Operasi Benteng di seluruh negara dijalan oleh PDRM dan memeriksa 44,028 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri berkata Task Force Operasi Pematuhan membuat 65,283 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Jelas beliau, PDRM turut menahan dan mengeluarkan kompaun kepada tiga individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk aktiviti yang melanggar SOP.

“Sebanyak 2,749 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 13,471 anggota telah membuat pemantauan di 4,211 pasar raya, 6,110 restoran serta 2,120 penjaja, 1,091 kilang, 3,773 bank dan 863 pejabat kerajaan.

“Juga 1,243 terminal pengangkutan darat, 322 terminal pengangkutan air serta 99 terminal pengangkutan udara telah dipantau oleh Task Force Operasi Pematuhan,” katanya. – SM

(Visited 97 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button