JenayahNasionalNegeri

Musang salai antara tujuh kes seludup dibanteras JKDM Perlis

RAMPASAN empat ekor musang salai sebelum dibawa masuk ke negara jiran antara tujuh kes seludup yang berjaya dibanteras pada Operasi Tapis 11 hingga 27 Julai lalu.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis, Ismail Hashim berkata, musang ini cuba diseludup oleh seorang warga Malaysia untuk dijual di Thailand sebagai makanan eksotik ini antara RM100 hingga RM500 yang bergantung kepada saiz dan tahap kematangan.

Ismail Hashim

“Kes ini diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Negeri Perlis untuk disiasat di bawah Seksyen 60 (1) (b) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 atas kesalahan mengambil atau menyimpan mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar dilindungi tanpa satu lesen,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat JKDM Padang Besar.

Ismail berkata, selain itu seorang individu warga Thailand juga ditahan apabila dikesan membawa dadah dalam bagasi.

“Suspek telah dihadapkan di mahkamah pada 1 Ogos lalu mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

Beliau berkata antara barangan lain yang dirampas termasuk rokok, beras pulut, minyak masak, alat ganti kenderaan, belon dan “vacuum sealer”.

Ismail berkata, jumlah anggaran nilai barangan yang dirampas termasuk kenderaan yang disita sebanyak RM268, 035.56.

Tambahnya, keseluruhan duti serta cukai terlibat berjumlah RM53, 855.29.

“Kes-kes berkenaan disiasat di bawah peruntukan Seksyen 133 (1)(e) Akta Kastam 1967 iaitu kegagalan membuat akuan barang-barang berduti yang diimport sebagaimana yang dikehendaki,” katanya.

Manakala ada kes yang disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967 kerana mengangkut barang tak berkastam atau barang larangan eksport. – SM

BACA Polis Perlis mohon kerjasama masyarakat banteras penyalahgunaan ketum

(Visited 50 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button