Nasional

PKPP: 5 direman, 43 dikompaun semalam

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 48 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada jumlah itu seramai 5 individu direman manakala 43 individu lagi telah dikenakan kompaun.

“Kesemua 48 individu ditahan kerana terlibat dalam aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai
yang menyukarkan penjarakan sosia,” kata Ismail Sabri dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM telah membuat 62,733 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP.

Jelasnya, sebanyak 2,701 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 12,284 anggota telah membuat
pemantauan di 3,939 pasar raya, 5,491 restoran serta 1,720 penjaja, 1,123 kilang, 3,579 bank dan 878 pejabat kerajaan.

Pemerikaan juga dilakukan di 1,121 terminal pengangkutan darat, 229 terminal pengangkutan air serta 89 terminal pengangkutan udara.

Sementara itu lima warganegara asing telah ditahan dalam Operasi Benteng di seluruh negara kerana kesalahan imigresen.

Operasi yang melibatkan PDRM itu telah membuat 66 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 40,151 kenderaan bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) terutamanya di lorong-lorong tikus.

Dalam pada itu, seramai 594 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air semalam melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan KLIA2 dari Singapura, Indonesia, UAE, Oman, Kemboja dan Jepun.

Daripada jumlah itu seramai 593 individu telah diperintah untuk menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka manakala seorang telah dibawa ke hospital. -SM

(Visited 75 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button