Nasional

PKPDB di Penjara Alor Setar bermula 6 Okt.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran akan dilaksanakan di Penjara Alor Setar selama 14 hari berkuatkuasa mulai jam 12.01 tengah malam 6 Oktober, Selasa ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat peningkatan kes positif COVID-19 di kawasan Penjara Alor Setar Kedah. Turut dikenakan PKPDB adalah kawasan kuaters kakitangan Penjara Alor Setar.

“Mengambil kira peningkatan jumlah kes yang berlaku, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan arahan

‘Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam kawasan tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan,’ kata Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sepanjang tempoh PKPDB sebarang pergerakan keluar dan masuk melibatkan kawasan tersebut termasuk lawatan oleh keluarga tahanan adalah tidak dibenarkan.

Sementara itu, semalam Polis Diraja Malaysia telah menahan 433 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP. Daripada jumlah itu, seramai 345 individu telah dikompaun, 60 direman dan 28 dijamin.

Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (157), aktiviti dalam pub/kelab malam (126), gagal menyediakan peralatan/rekod butiran diri (49), penjarakan fizikal (46), aktiviti perjudian (36), menggaji warga asing tanpa permit yang sah (18), serta tangkapan pendatang asing tanpa izin (1).

Operasi Benteng pula berjaya melakukan tangkapan melibatkan 76 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan seorang penyeludup.

Daripada jumlah itu, pasukan ATM Rejimen Pertama Kor Armor Diraja berjaya menahan 27 PATI atas kesalahan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah serta cuba untuk keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan di sekitar Hotel Tiara, Desaru, Bandar Penawar, Johor.-SM

 

 

(Visited 360 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button