Nasional

PKPD: Kedutaan bantu salur bantuan makanan

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pihak kedutaan akan membantu menyalur bantuan makanan kepada warga asing terbabit Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Kanan (Keselamatan) berkata, Kementeri Luar telah menghubungi kedutaan terbabit supaya mereka turut bekerjasama menyantuni rakyat mereka.

“PKPD kebanyakan membabitkan warga asing, jadi tanggungjawab harus dipikul oleh kedutaan masing-masing untuk menyalurkan bantuan,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempersiapkan kawalan ke atas dua blok bangunan kediaman di Jalan Masjid India, di Kuala Lumpur susulan perisytiharan lokasi itu sebagai kawasan terbaru dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Kedua-dua blok terbabit adalah flet kediaman lapan tingkat yang turut menempatkan premis perniagaan di bahagian bawah, iaitu Malayan Mansion dan Selangor Mansion.

COVID-19: Dua pertiga daripada penduduk di tiga PKPD telah disaring

Ia terletak dalam jarak lingkungan 500 meter dari lokasi Plaza City One, yang lebih awal dikenakan PKPD bermula 31 Mac lalu.

Penghuni di kedua-dua blok kediaman berkenaan yang sudah dimaklumkan lebih awal mengenai PKPD yang bakal dilaksanakan, sebahagian besar adalah pekerja asing dalam pelbagai sektor di premis perniagaan berhampiran terutama di Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman.

Dalam pada itu Ismail Sabri memaklumkan kerajaan akan memastikan semua rakyat yang ditempatkan di pusat kuarantin yang selesa.

Menurut beliau gambar yang tular rakyat yang dikuarantin di tempat tidak selesa itu adalah merupakan premis kuarantin sementara bagi menempatkan mereka yang pulang menggunakan jalan darat.

Ini adalah kerana kerajaan tidak mempunyai maklumat mereka yang akan pulang melalui jalan darat berbanding yang pulang melalui penerbangan kerana semua data telah ada.

Bagaimanapun mereka telah dipindahkan ke tempat kuarantin yang lebih selesa.

Dalam pada itu beliau juga menasihatkan mereka yang dikuarantin di hotel supaya membuat aduan pengurusan hotel terbabit jika terdapat sebarang masalah dan bukan mengadu kepada kerajaan.

Kerajaan katanya, telah memilih premis berkenaan dan menjadi tanggungjawab pengurusan hotel terbabit untuk memberi khidmat sebaik mungkin. – SM

(Visited 87 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button