Rencah Hidup

Syed Saddiq balas gambar ‘peace’ terhadap ciapan Papagomo

Bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membalas ciapan Wan Muhammad Azri Wan Deris  atau Papagomo di Twitter dengan sekeping gambar beliau melakukan simbol ‘peace’ menggunakan jarinya.

Gambar Syed Saddiq yang berbaju biru dan tersenyum riang itu sebagai reaksi balas ciapan Wan Muhammad Azri  yang berkata, “Hello  @SyedSaddiq sabar ya. Tengah korek korek lagi ni. Kita kasi cun rapat-rapat.”

Kedua-dua mereka mempunyai ‘sejarah’ apabila Ketua Armada Bersatu yang terlucut keahliannya itu menuduh Papagomo menggasarinya semasa Pilihan Raya Kecil Semenyih pada Februari 2016.

Insiden itu menyebabkan Exco Pemuda UMNO itu diseret ke mahkamah dengan Syed Saddiq mendakwa  beliau mengalami ‘soft tissues injury’ akibat dicengkam oleh Papagomo di bahu.

“Tanpa membazirkan masa, saya terus membuat laporan polis selain melakukan pemeriksaan serta imbasan x-ray di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan doktor memaklumkan ada ‘soft tissue injury’, berikutan itu saya diberikan suntikan tahan sakit dan dua jenis ubat untuk dimakan,” kata Syed Saddiq.

Syed Saddiq dan Armada Bersatu ketika ini menjadi perhatian apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai RM600,000 daripada dua ahli Armada.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali, berkata kedua-dua mereka pada awalnya dipanggil untuk dirakam keterangan berhubung siasatan kes kehilangan wang di rumah Syed Saddiq.

“Kedua-duanya dipanggil untuk dirakam keterangan, kelmarin dan susulan daripada itu, pegawai kita kemudian ke kediaman mereka di dua lokasi berasingan di ibu negara.

“Menerusi pemeriksaan yang dijalankan, kita menemui wang tunai keseluruhannya berjumlah RM600,000 di dua kediaman berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, Norazlan berkata, pihak SPRM turut merampas sebuah kereta dianggarkan bernilai RM100,000 milik seorang ahli parti berkenaan yang dipercayai dibeli menggunakan dana yang disalah gunakan.

Syed Saddiq pada Mac lalu membuat laporan polis berhubung kehilangan wang tunai kira-kira RM250,000 di rumahnya dan menegaskan wang berkenaan bukan milik Bersatu.

Menurutnya wang yang hilang tersebut RM90,000 adalah miliknya; RM50,000 milik ibunya dan RM70,000 milik bapanya.

Majoriti wang itu dikeluarkan bagi tujuan pengubahsuaian rumah yang dimiliki bersama dan juga untuk tujuan peribadi.-SM

 

(Visited 455 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button