NasionalpilihanUncategorized

PKPD di beberapa mukim di Selangor, Kuala Lumpur bermula 3 Julai

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti WP Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai depan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kedua-dua negeri ini menunjukkan trend jangkitan yang tinggi.

“Selangor melaporkan purata kes harian COVID-19 antara 1,800 ke 1,900. Manakala di Kuala Lumpur purata kes harian adalah dalam lingkungan 600 ke 1,000 kes.

“Kesemua daerah di Selangor dan Kuala Lumpur melaporkan insiden kes COVID-19 melebihi 12.1
/100,000 penduduk,” katanya.

Menurut Ismail, data unjuran kadar nilai kebolehjangkitan (R-naught) di kedua-dua negeri ini masih dalam lingkungan 1.0 dan tidak menunjukkan trend penurunan.


Jelasnya, situasi ini adalah membimbangkan apabila mengambil kira kepadatan penduduk dan penularan tiga varian baharu yang lebih ganas iaitu varian Beta B.1.351 (Afrika Selatan), Delta B.1.617.2 (India) dan Alpha B.1.1.7 (UK).

“Dengan pelaksanaan PKPD ini, semua laluan kawasan PKPD akan ditutup dan dikawal oleh polis.

“Penduduk di dalam kawasan PKPD TIDAK DIBENARKAN keluar dari kediaman masing-masing kecuali seorang (1) sahaja wakil isi rumah keluar hanya untuk membeli keperluan asas di kawasan PKPD dalam radius 10 kilometer dari kediaman,” katanya.

Tambahnya, KKM akan melaksanakan ujian saringan secara bersasar ke atas semua penduduk di kawasan-kawasan yang terlibat.

“Jawatankuasa penyelaras Program Vaksinasi Kebangsaan juga memberi jaminan bahawa program pemberian vaksin akan dipertingkat dan dipergiatkan di kawasan-kawasan yang terlibat,” jelasnya. -SM

Berikut adalah kawasan dikenakan PKPD:

Daerah Petaling
Mukim:
– Petaling
– Damansara
– Sg Buloh
– Bukit Raja

Daerah Hulu Langat
Mukim:
– Hulu Langat
– Ampang
– Cheras
– Kajang
– Semenyih
– Beranang

Daerah Sepang
Mukim:
– Dengkil
– Labu
– Sepang

Daerah Gombak
Mukim:
– Batu
– Rawang
– Setapak
– Hulu kelang
– Kuang
– Rawang
– Setapak
– Hulu kelang
– Kuang

Daerah Kuala Langat
Mukim:
– Tanjung 12 (1)
– Tanjung 12 (2)
– Teluk Panglima Garang
– Morib
– Bandar
– Jugra
– Batu

Daerah Klang
Mukim:
– Kapar
– Klang

Daerah Kuala Selangor
Mukim:
– Ijok
– Bestari Jaya
– Jeram

Daerah Hulu Selangor
Mukim:
– Serendah
– Rasa
– Ulu Yam
– Batang Kali

Manakala bagi WP Kuala Lumpur melibatkan lokaliti seperti berikut:

– Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak
– Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda
– Flat Seksyen 2 Wangsa Maju
– Flat Seksyen 1 Wangsa Maju
– Kampung Padang Balang
– Taman Koperasi Polis (Fasa 1 & 2)
– Flat Sri Sabah
– Kampung Puah
– Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas
– Flat Desa Pandan (Termasuk Baiduri & Delima)
– Kampung Batu Muda
– Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi
– Bandar Baru Sentul
– Taman Ikan Emas

(Visited 300 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button