Nasional

KeSUA UPSI anjur chess championship cungkil bakat pelajar sekolah

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Kelab Sahabat Ulul Albab (KeSUA) menganjurkan program KeSUA UPSI Chess Championship bertempat di Bitarasiswa, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

Prof Dr Abdul Halim (berbaju batik) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang sambil disaksikan Nor Hayati Aziz

Program anjuran Exco Sukan dan Rekreasi KeSUA telah berjaya mengumpulkan 80 orang pemain chess seluruh negara.

Penyelaras 2 Pusat Ulul Albab, En. Mohd Zahren Zakaria berkata, pertandingan ini menawarkan 16 hadiah daripada tempat pertama sehingga tempat ke-10 dan dua hadiah bagi peserta terbaik untuk setiap kategori iaitu Bawah umur 12 tahun , 18 tahun dan peserta terbaik daripada IPT.

Pemain sedang merancang strategi.

“Saya berharap melalui pertandingan KeSUA UPSI Chess Championship ini peserta dapat menggunakan pengalaman ini sebagai pembakar semangat untuk terus mahir dan belajar dalam permainan catur.

Para pemain memulakan perlawanan

Pihak penganjur, katanya, akan terus mengadakan pertandingan catur pada setiap tahun agar dapat mencungkil bakat peserta dalam permainan catur.

 

Pemenang bersama Penyelaras 2 Pusat Ulul Albab, En. Mohd Zahren Zakaria.

Muhammad Eilfie Ismadi dari Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka dinobatkan sebagai Johan; Naib Johan, Jeya Suriya A/L Tamilarusu dari Sekolah Menegah Kebangsaan Sulaiman, Bentong Pahang, manakala Tempat Ketiga dimenangi oleh Iman Izzuddin Roslan dari Sekolah Kebangsaan Durian Tipus, Simpang Durian Negeri Sembilan.

Penasihat KeSUA, Nor Hayati Aziz berkata pertandingan yang julung kali dianjurkan oleh KeSUA mendapat sambutan yang sangat mengalakkan daripada pelajar Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, pelajar Universiti dan juga orang awam.

“Pertandingan ini menampilkan juri-juri yang hebat dan berpengalaman daripada Smart Chess Management, iaitu Encik Syawal Aqmar Sharir Ariff dan Puan Nurul Farahin Haron Narashid, “ katanya.

(Visited 507 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button