Ekonomi

Taco Bell telah menawarkan ratusan peluang pekerjaaan sejak tahun lalu

TACO Bell merasmikan restoran pertama di Cyberjaya pada 2 April 2021, bagi memberi ruang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati hidangan berinspirasi dari negara Mexico.

Berdasarkan falsafah jenama global mereka iaitu ‘Live Mas’, Taco Bell menjiwai semangat lokal dan memperkenalkan“Live Kaw Kaw” – satu slang lokal yang menggalakkan rakyat Malaysia hidup secara luar biasa dengan sepenuhnya setiap hari.

Sehingga kini, Taco Bell sudah membuka sebanyak 6 cawangan di sekitar Lembah Klang, dan dalam perancangan untuk membuka banyak lagi cawangan yang baru setelah menerima sambutan hangat daripada rakyat Malaysia.

Selain menyajikan makanan lazat, Taco Bell percaya bahawa kebajikan pekerja adalah komponen penting untuk kejayaan sesebuah perniagaan.

“Sudah menjadi matlamat Taco Bell untuk membawa idea ‘Live Kaw Kaw’ di kalangan rakyat Malaysia.  Ini bertujuan untuk membina masa depan cerah yang dikuasai oleh tenaga kerja yang hebat. Pada tahun 2022, kami akan teruskan misi untuk memperkasakan kakitangan kami dengan inovasi serta menjayakan prinsip kepelbagaian dan kebersamaan di tempat kerja,” kata Harris Beh, Pengendali Francais Utama Taco Bell.

Perkembangan Kerjaya Kaw Kaw

“Saya merupakan salah seorang daripada pengurus restoran yang pertama di Taco Bell Cyberjaya pada tahun lepas. Awal tahun ini, saya telah dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Latihan. Saya gembira bekerja di sini kerana kami selalu dihargai, tanpa mengira tempoh perkhidmatan individu tersebut.

“Jika anda mencari perkembangan kerjaya seperti saya, di sinilah tempatnya. Taco Bell menyediakan banyak peluang pekerjaan sejak ianya bertapak di Malaysia, dan untuk lebih banyak cawangan yang akan dibuka nanti, kami sentiasa mencari calon-calon hebat untuk menyertai pasukan kami.” – Adrian Danker, Pegawai Latihan Taco Bell.

Sokongan Pekerja Kaw Kaw – Menjayakan Prinsip Kebersamaan dan Kepelbagaian

“HUNGRY merupakan prinsip yang dipegang oleh Taco Bell. HUNGRY membawa maksud Helpful (Suka Menolong), Understanding (Memahami), Never Follow (Jangan Hanya Mengikut), Grateful (Bersyukur) dan Youthful (Keriangan).

Ini dijadikan sebagai panduan untuk semua kakitangan ketika menjalani aktiviti harian – sama ada melakukan tugasan ataupun ketika mengadakan perbincangan. Kami diberi ruang untuk berkongsi idea dan pendapat. Saya seronok bekerja dengan rakan-rakan sekerja dari pelbagai latar belakang dan budaya, malah ada diantara mereka merupakan insan berkeperluan khas. Ini menunjukkan betapa pentingnya sikap berfikiran terbuka ketika kami berkongsi ilmu bersama.” – Mohamad Khairi, Pegawai Latihan Taco Bell.

Berusaha untuk memberikan yang terbaik demi kakitangan

“Taco Bell menawarkan pelbagai faedah dan ganjaran untuk kakitangan mereka. Dari kursus latihan yang dibiayai sepenuhnya bagi meneruskan perkembangan kerjaya, penyediaan asrama untuk memudahkan perjalanan, sehinggalah penglibatan kami dalam inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

“Matlamat Taco Bell adalah untuk memperkasakan kami, bukan saja sebagai seorang kakitangan tetapi juga sebagai seorang individu yang hebat j. Saya gembira dengan jadual syif kami yang fleksibel kerana memberikan keseimbangan dalam pekerjaan dan kehidupan saya.” Khairunisa Alias, Pengurus Taco Bell Cawangan Bandar Sri Permaisuri.

Anda juga boleh menjadi sebahagian daripada sejarah #LiveKawKaw!

“Sebagai jenama baru di Malaysia, kakitangan Taco Bell diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada perkembangan pesat ini. Selain itu mereka juga dapat mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan kakitangan di ibu pejabat kami di US, bagi menjamin konsistensi dalam kualiti makanan dan perkhidmatan. Saya bekerja rapat dengan pihak pengurusan untuk mendapatkan maklumat terkini setiap hari.

“Saya rasa bertuah kerana diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Taco Bell ini. Bagi saya, ini semua keranakeinginan untuk mencuba atau belajar sesuatu yang baru dan Latihan yang kerap adalah penting untuk sentiasa selari dengan perkembangan dari negara luar sekaligus membantu mengukuhkan lagi asas jenama ini di Malaysia.

“Jadi, Rakyat Malaysia sekalian – inginkah anda menjadi sebahagian daripada kru hebat ini? Klik sini untuk
menghantar permohonan anda! “

(Visited 436 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button