fbpx
Nasional

PKPB:Mulai hari ini boleh rentas negeri

MESYUARAT Khas Menteri bersetuju untuk kembali memberi kelonggaran rentas negeri bermula 1 Jun ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, kebenaran hanya akan diberi kepada pasangan terpisah, urusan kesihatan, bekerja dan kecemasan seperti kematian.

“Perjalanan merentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali bagi urusan kerja dan kes-kes kecemasan seperti kematian atau perubatan.

“Setelah mendapat nasihat pihak PDRM, Mesyuarat Khas Menteri mengenai Pelaksanaan PKP hari ini bersetuju bahawa pasangan suami isteri yang berjauhan dibenarkan untuk merentas negeri bermula 1 Jun 2020,” katanya pada sidang media harian pada Sabtu.

Sebelum ini, pada 21 Mei lalu, Ismail Sabri mengumumkan tiada lagi pergerakan rentas negeri yang dibenarkan menjelang perayaan Aidilfitri sebelum ini.


Beliau berkata, keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) susulan masih ada yang beratur panjang di balai polis untuk mendapatkan kebenaran balik kampung seperti yang berlaku di Kuantan.

Lebih memeritkan, kelonggaran kepada suami isteri yang menjalin hubungan rentas negeri untuk dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing pada hujung minggu juga turut ditarik balik kerajaan. – ASTRO AWANI

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button