Politik

Azlan Man akan ditentang lima lawan termasuk Pengarah Filem

PENGERUSI Perhubungan Barisan Nasional (BN) Perlis, Datuk Seri Azlan Man bakal berdepan dengan lawan lima penjuru bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti. Azlan adalah penyandang DUN Bintong pada PRU14.

Beliau akan ditandingi oleh Pengarah Filem, Mohamad Khair Mohd Noor dari parti Warisan, Mohd Shazwan Suban @ Ani dari Pejuang, Fakhrul Anwar Ismail dari Pakatan Nasional (PN), Azhari Ahmad dari Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Hashim Suboh calon Bebas.

Azlan Man ditentang lima calon lawan bagi mempertahan DUN Bintong.

Jelas Azlan, BN tidak gentar sekalipun kerusi DUN Bintong yang dilihat sebagai popular apabila akan melibatkan pertandingan enam penjuru.

Katanya, selama sepenggal beliau berkhidmat di DUN Bintong maka rakyat sudah boleh melihatnya sendiri hasilnya.

“Kita akan meneruskan agenda di Bintong termasuk menjadikan DUN ini sebagai pusat makanan terkenal, perniagaan peruncitan, pelancongan alam semula jadi dan juga penempatan dalam Kangar,” katanya kepada media di Pusat Penamaan Calon Parlimen Kangar di Dewan Warisan, Kangar hari ini.

Sementara itu, DUN Sena pula melibatkan pertandingan empat penjuru iaitu antara Saiful Daniel Mohd Yusof, calon muka baharu BN, Datin Mazita Mansor juga muka baharu PN, Mohd. Faizal Yunus (Pejuang) untuk menentang penyandangnya, Asrul Nizan Abd Jalil (PH).

Bagi kerusi DUN Indera Kayangan juga pertandingan empat penjuru melibatkan Lim Weng Khee (BN), Pramoot A/L Puan (PN), Atan Jasin (Warisan) dan Gan Ay Ling (PKR) selaku penyandang.

Calon PN yang bertanding untuk DUN dan Parlimen Kangar.

Kerusi DUN Kuala Perlis pula akan direbut oleh lima calon iaitu penyandangnya Nor Azam Karap PKR dengan Kamaruddin Malik (BN), Abu Bakar Hamzah (PN), Muhamad Hairi Noordin (Warisan) dan Datuk Azhar Ahmad (Bebas).

Bagi DUN Kayang pula penyandangnya Hamizan Hassan (BN) akan ditentang tiga penjuru iaitu Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil (PN), Khairuddin Abdullah (Warisan) dan Wan Kharizal Wan Khazim (PH).

Parlimen Kangar pula akan melibatkan lima penjuru iaitu Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya
(BN), Zakri Hassan (PN), Prof Dr. Rohimi Shapiee: Warisan, Noor Amin Ahmad (PH) selaku penyandang dan Ustaz Nur Sulaiman Zolkapli (Pejuang). – SM

(Visited 993 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button