Politik

PH tak berani bangkang usul naikkan had hutang

PAKATAN Harapan (PH) dipercayai tidak berani membantah usul yang dikemukakan kerajaan dalam Dewan Rakyat hari ini bagi menaikkan had hutang negara.

Ini kerana ketika mereka menjadi kerajaan selama 22 bulan menaikkan jumlah hutang kepada paras yang tertinggi berbanding sewaktu Barisan Nasional (BN) memerintah.

Keadaan itu menyebabkan, kerajaan sekarang tidak mempunyai ruang terutama untuk berhadapan dengan pandemik Koronavirus (Covid-19).

Covid-19 diketahui umum sebagai pandemik global yang memberi kesan besar kepada ekonomi negera terjejas.

“Saya tak hairan bahawa orang PH tak bantah usul untuk naikkan had hutang.

BACA > PRK Slim guna garis panduan PRK Chini – Ismail Sabri – Suara Merdeka

“Kerana ini adalah akibat kerajaan PH dahulu yang naikkan semula nisbah hutang negara sebanyak 5.7 peratus dari 48.7 peratus ke 54.4 peratus.”

Demikian ulas bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Facebooknya hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) bagi menaikkan had hutang sebanyak lima peratus.

RUU Langkah Sementara untuk Kewangan Kerajaan (Wabak Koronavirus) 2020 itu dibentangkan untuk bacaan pertama oleh Timbalan Menteri Kewangan, Mohd. Shahar Abdullah pagi tadi.

Menurut Najib Razak, kerajaan Perikatan Nasional (PN) kini terhimpit apabila had hutang negara 55 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menghampiri siling ditetapkan.

Hal demikian menyebabkan PN sekadar mempunyai ruang sebanyak 0.6 peratus sahaja dan ia tidak mencukupi bagi membawa negara keluar daripada implikasi pandemik.

BACA > Hakim benar Md. Rayhan direman 13 hari lagi – Suara Merdeka

Katany lagi, nisbah hutang negara turun saban tahun ketika beliau menerajui kepimpinan bersama BN.

“Nisbah hutang negara turun tiap-tiap tahun masa BN.

“Tetapi dinaikkan semula oleh Gagalkrasi PH (walaupun tiada krisis Covid) sehingga kerajaan PN cuma ada ruang 0.6 peratus sahaja.

https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10157264977680952/?type=3&theater

“Sebab itu, kerajaan PN minta naikkan had ini sebanyak 5 peratus lagi buat sementara untuk memberi ruang melawan Covid,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan cadangan tersebut pernah dimaklumkannya dahulu sebagai langkah pemulihan pasca Covid-19.

“Pagi ini, kerajaan PN mendengar saranan saya dan mengemukakan usul dalam parlimen untuk naikkan had hutang kerajaan.

BACA > Pantas berjangkit, Kluster Sivagangga mungkin ‘super-spreader’ – Suara Merdeka

“Iaitu usul naikkan had hutang kerajaan kepada KDNK dari 55 peratus ke 60 peratus secara sementara sehingga tahun 2023,” ujarnya. – SM

(Visited 71 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button