Hiburan

Julia X Mayang beri kesedaran mental

Memahami tentang kesihatan mental yang semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia, aktress Julia Farhana memberi nasihat kepada orang ramai untuk terus mendapatkan rawatan secepatnya.

Isu kesihatan mental ini terjadi tanpa mengira usia dan jantina, perlu tingkatkan kesedaran dalam diri agar masyrakat lebih bijak menanganinya jika ia berlaku kepada diri sendiri atau insan tersayang.

Julia Farhana

”Saya pernah mengalami, tapi alhamdulilah tidak pernah teruk sangat, saya ada pengalaman anxiaty semasa awal Malaysia lock down, masa itu pula saya duduk seorang tapi saya tetap dapatkan rawatan asas dan bantuan yang diperlukan.

”Kita perlu bermula kepada kesedaran, kalau kita sendiri ingin tahu, nak tahu apa itu kesihatan mental, apa itu mental health isu dan apa sistem dia,  ia seperti nak jaga badan kita kerana itu petingnya ada kesedaran macam mana kita mahu lakukan aktiviti bersenam sama juga seperti fikiran, kita perlu tahu bagaimana tahap pemikiran kita dari situ kita tahu apa yang diperlukan untuk diri kita dan terus diperbaiki.

Tambahnya lagi untuk menjaga kesihatan mental ini mempunyai pelbagai cara namun setiap individu itu berbeza tahap mentalnya.

”Setiap individu apa yang mereka lalui berbeza, macam saya akan praktiskan fikiran yang baik dala  seharian, kerana apa yang kita fikirkan dan apa yang kita buat akan kurang dapat terdedah kepada anxiaty atau depression selain itu perlu ada support sistem, rakan-rakan sekeliling serta keluarga juga sangat penting.” Katanya selepas acara ”Come and Ride with Mayang yang berlangsung di Flayprojeck Publika.

Dalam pada itu Julia selaku duta kepada Mayang serta Malaysia Mental Health Association akan mengadakan kempen selama enam bulan untuk membantu mereka yang memerlukan rawatan mental.

Kehadiran selebriti dan influenser dalam menjayakan kempen kesedaran mental bersama Mayang X Julia Farhana

”Sebenarye banyak trement serta program kesedaran mental di Malaysia namun ramai yang tidak tahu, seperti kita ada talian Nur, Mental Health Association dan privite psikiologi, dengan kempen ini yang kita lakukan bersama Mayang  menawarkan dengan serendah RM10 sahaja untuk mereka yang memerlukan.” Jelasnya.

Untuk mengatahui perkembangan terkini Malaysia Mental Health Association bersama Mayang X Julia Farhana boleh layari  ke laman web https://mmha.org.my/

Artikle Berkaitan :>

Jenama fesyen ‘Mayang’ beri kesedaran terhadap kesihatan mental

Julia akui pelihara anjing, tahu batas sebagai Muslim

.

(Visited 53 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button