Ekonomipilihan

Tuah Ismail Sabri jadi ‘Poster Boy’, Bursa Malaysia catat lonjakan minggu ini!

Tuah Majlis Tertinggi (MT) UMNO memutuskan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk kekal dinamakan sebagai ‘poster boy’ BN, Bursa Malaysia turut menunjukkan lonjakannya minggu ini.

Misalnya pada Rabu lalu, Bursa Malaysia meneruskan momentum positifnya bagi hari dagangan keempat berturut-turut dengan indeks utama meningkat 1.05 peratus.

Punca Lonjakan

Lonjakan itu mendapat rangsangan daripada belian dalam saham perbankan seperti Public Bank dan CIMB melonjak 14 sen setiap satu masing-masing kepada RM4.34 dan RM5.39 sekali gus menyumbang gabungan 7.05 mata kepada indeks petunjuk pasaran.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank meningkat empat sen kepada RM8.55, Petronas Chemicals naik lapan sen kepada RM8.63, IHH Healthcare menokok 13 sen kepada RM6.10 manakala TNB turun enam sen kepada RM8.14.

Dalam kalangan kaunter cergas, UEM Sunrise menokok satu sen kepada 20 sen, Bintai Kinden meningkat setengah sen kepada 9.5 sen, Top Glove turun 1.5 sen kepada 72.5 sen, Hiap Huat susut tiga sen kepada 13 sen, Careplus berkurangan dua sen kepada 40.5 sen dan Eduspec jatuh setengah sen kepada satu sen.

Faktor Lonjakan

Dalam dunia saham, pakar menggariskan terdapat sekurang-kurangnya tujuh perkara yang mempengaruhi kenaikan dan penurunan secara tempatan dan juga global.

Dalam tujuh perkara tersebut, ia merangkumi faktor politik dan pengumuman oleh Presiden UMNO dan juga BN mengenai kedudukan Ismail Sabri menjelang PRU-15, memberikan impak yang positif.

Hal ini sekali gus memberikan mesej bahawa pelabur saham mempunyai keyakinan yang tinggi kepada Perdana Menteri dan kaitannya terhadap kestabilan persekitaran perniagaan.

 

 

(Visited 224 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button