fbpx
Nasional

PKPB di Sandakan, Papar, Tuaran dan Klang

KERAJAAN akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Zon Merah di tiga kawasan di Sabah dan satu kawasan di Selangor berkuatkuasa 9 Oktober ini pukul 12 tengah malam.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara yang bermesyuarat pagi tadi.

Kawasan-kawasan tersebut adalah Sandakan, Papar, Tuaran di Sabah serta Klang di Selangor yang mempunyai lebih 40 kes Covid-19.

“Pelaksanaan PKPB ini bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam daerah tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

“Pergerakan keluar masuk di ke empat kawasan PKPB ini adalah tidak dibenarkan,” kata Ismail Sabri dalam sidang video yang diadakan petang ini.


Menurut Ismail Sabri, hanya Perkhidmatan Perlu termasuk kilang-kilang dan rantaian yang berkaitan dalam perkhidmatan perlu adalah dibenarkan.

Pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) akan menyenaraikan jenis perkhidmatan perlu yang terlibat di kawasan tersebut.

Semua rumah ibadat Islam dan bukan islam, institut pengajian tinggi awam dan swasta, institut latihan kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz, pusat jagaan kanak-kanak ditutup.

Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Pihak Berkuasa
Tempatan dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terlibat.

Semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.-SM

 

(Visited 2 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button