Nasional

PKPB di Kuching ditamatkan, PKPB di Tongkang Pecah bermula Ahad ini

PERINTAH Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Kuching, Sarawak akan ditamatkan hari ini seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan bahawa baki kes aktif Covid-19 di daerah tersebut menunjukkan kadar penurunan dan terkawal.

Sementara itu, menurutnya, daerah Tongkah Pecah, Batu Pahat, Johor pula akan dikenakan PKPB bermula Ahad depan.

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan sebanyak 672 ujian saringan dan 56 kes positif COVID-19 telah direkodkan di kawasan ini.

“Pada masa yang sama, masih terdapat 302 sampel saringan yang masih menunggu keputusan,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Jelasnya, berdasarkan penilaian risiko dan atas nasihat KKM, PKPB di Tongkang Pecah akan bermula 29 November hingga 13 Disember depan.

Ismail Sabri berkata, PKPB itu akan melibatkan seramai 16,300 penduduk di kawasan Bandar Putera Indah, Lorong 7 hingga 10, Batu 7 dan Kampung Mohd Nor.

Tambahnya, pelaksanaan PKPB ini bagi membolehkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar dan untuk mengurangkan pergerakan dalam kalangan komuniti di kawasan ini. -SM

(Visited 310 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button