Nasional

PKPB di Kedah, Melaka, Johor, Terengganu ditamatkan

BEBERAPA negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan beralih ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula esok susulan penurunan kes Covid-19.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat beberapa negeri yang menunjukkan kadar penurunan kes positif Covid-19 iaitu di Kedah, Melaka, Johor dan Terengganu.

“Sehingga 18 November lalu, hanya terdapat 85 kes aktif yang direkodkan di seluruh negeri Kedah dan keadaan adalah terkawal kecuali bagi daerah Kulim yang masih merekodkan 23 kes aktif.

“Hanya daerah Kulim sahaja yang akan dikenakan PKPB,” katanya dalam sidang media harian harian hari ini.

Menurut Ismail, sehingga 16 November lalu, Johor mencatatkan jumlah penurunan kes Covid-19 di seluruh daerah kecuali di Kota Tinggi dan Mersing.

Jelasnya, Kota Tinggi dan Mersing telah mencatatkan 36 kes dan mempunyai lapan kes aktif. Susulan itu, PKPB di dua daerah itu akan diteruskan.

“Bagi Melaka, hanya sehingga 18 November hanya terdapat 48 kes aktif manakala Terenggani pula sehingga 17 November hanya 19 kes aktif Covid-19.

“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kedua-dua negeri ini dibenarkan menamatkan PKPB,” jelasnya.

Sementara itu, Ismail Sabri turut memberitahu yang Kelantan akan melaksanakan PKPB bermula esok sehingga 6 Disember depan.

Tambahnya, tindakan itu diambil susulan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di beberapa di beberapa daerah di negeri tersebut. -SM

(Visited 244 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button