Kemalanganpilihan

Mekanik maut langgar pokok tumbang

Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar sebatang pokok tumbang di Jalan Bukit Antu, Rembia, Melaka awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 5.00 pagi itu sebuah lagi motosikal dinaiki dua orang yang turut merempuh pokok tumbang tersebut sekadar mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supretendan Arshad Abu berkata, mangsa yang meninggal dunia ditempat kejadian dikenali sebagai Kamarul Zaini Puteh, 44, dari Ayer Hitam, Lendu.

Menurutnya, mangsa yang cedera pula dikenali sebagai Mohamad Nazri Jamaluddin, 26, bekerja sebagai pemandu lori dan pemboncengnya Muhammad Azhar Zainal, 23, adalah kelindan.

Menurutnya, kedua-dua motosikal datang dari arah yang sama iaitu dari Pekan Rembia menghala ke Ayer Hitam, Lendu.

“Dipercayai motosikal Yamaha 125ZR yang ditunggang mangsa yang maut tiba lebih awal di tempat kejadian lalu melanggar sebatang pokok yang tumbang di atas jalan.

“Mangsa dipercayai tercampak di atas jalan raya dan tidak lama selepas itu sebuah lagi motosikal dinaiki dua mangsa turut melanggar pokok yang sama namun terjatuh.

“Akibat daripada itu penunggang pertama mengalami kecederaan pada bahagian kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang dan pembonceng sebuah lagi motosikal mengalami kecederaan ringan telah di bawa ke Hospital Alor Gajah untuk menerima rawatan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Arshad berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Forensik Hospital Alor Gajah manakala kedua-dua kenderaan itu telah ditahan untuk pemeriksaan Puspakom.

Menurutnya, mangsa yang maut bekerja sebagai mekanik dalam perjalanan pulang selepas minum di pekan Rembia.

Beliau berkata, ketika kejadian jalan didapati basah sewaktu hujan. – SM

(Visited 97 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button