HiburanMedia massaTeater

Festival KL Story 2022 angkat kisah-kisah tragis yang pernah terjadi di ibu kota

Setelah beberapa tahun Kuala Lumpur sunyi daripada pementasan teater, Festival KL Story – Cerita KL 2022 ibarat pucuk dicita, ulam mendatang.

Hal ini demikian kerana terdahulu, ramai penggiat seni teater mengeluh kerana tidak dapat beraksi mahu pun menterjemahkan karya yang hebat.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Rumpun Seni Mekar Budaya, Dr. Marlenny Deenerwan, dunia teater tanah air kini bermula semula dengan Festival KL Story – Cerita KL 2022.

“Selaras dengan biaya Geran Padanan Seni, festival tersebut membuka peluang pengarah yang terlibat mengangkat skrip yang bertemakan sejarah Kuala Lumpur.

“Geran ini ditawarkan khusus untuk pemohon yang bergerak aktif di Kuala Lumpur selain mempunyai idea kreatif untuk dipersembahkan kepada penonton,” katanya.

Marlenny berkata demikian ketika ditemui Suara Merdeka dalam satu sidang media, baru-baru ini.

Marlenny turut memaklumkan acara tersebut akan berlangsung pada 3 September hingga 9 Oktober 2022 di Pusat Perlancongan (MaTIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Sepanjang September, turut akan diadakan beberapa bengkel seni, forum kebudayaan, pameran produk serta persembahan teater untuk dihayati pengunjung.

“Kuala Lumpur merupakan kota yang sangat istimewa dan melalui seni persembahan, banyak isu sosial dan kesejahteraan masyarakat boleh diangkat.

“Dalam masa sama, Festival KL Story – Cerita KL 2022 dianjurkan selaras dengan tema Kuala Lumpur yang akan menyambut Jubli Emasnya tahun ini,” kata Marlenny.

Lima persembahan teater bakal diadakan antaranya:

Perempuan-Perempuan Kampung (3 dan 4 September 2022)
Brickfields (10 dan 11 September 2022)
Abdullah Hukum (17 dan 18 September)
Kubah Panggung (1 dan 2 Oktober)
Sudirman & Chow Kit (8 dan 9 Oktober)

Untuk melihat persembahan teater dalam Festival KL Story – Cerita KL 2022, orang ramai boleh menghubungi Danish (0127758750) dengan bayaran tiket serendah RM10 bagi setiap individu.

(Visited 478 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button